Wednesday, January 18, 2012

Wikipedia Protest SOPA and PIPA


Sesiapa yang tidak tahu, Wikipedia, ensiklopedia internet terkemuka telah memprotes tindakan pihak kongres di Amerika Syarikat dalam menggubal akta terbaru yang dikenali sebagai Stop Online Piracy Act (SOPA) dan Protect IP Act (PIPA).

Website Wikipedia memaparkan imej seperti di atas apabila pelawat membuka website mereka dalam cersi English. SOPA merupakan undang-undang yang telah diperkenalkan pada Oktober 2011 dan pihak kerajaan US mempunyai kuasa besar dalam memerangi cetak rompak dalam internet dan juga menyaman pihak website yang telah melanggar akta undang-undang tersebut.

Syarikat besar seperti Google, Yahoo!, Youtube, Facebook, Twitter, AOL, Linkedln, eBay, Mozilla Corporation menentang akta tersebut kerana kemungkinan besar banyak ilmu pengetahuan terpaksa dibuang daripada internet akibat masalah copyright.